Walaupun zaman sekarang sudah moden dan dilengkapi dengan teknologi maklumat, sesetengah wanita masih tidak menyedari bahawa mereka tidak sepatutnya menggunakan apa-apa jenis gel mandian atau sabun badan untuk mencuci kawasan intim mereka setiap hari. Berikut adalah sebab-sebabnya.
Secara semulajadi, sesetengah bakteria yang hidup di dalam faraj membantu badan untuk melawan jangkitan. Ia merujuk kepada sistem pertahanan badan. Mencuci kawasan intim dengan sabun boleh menukar tahap pH dalam faraj. Maknanya, kawasan faraj adalah bersifat asid secara semulajadi, penggunaan sabun yang bersifat alkali akan meneutralkan atau melumpuhkan sistem pertahanan semulajadi badan terhadap bakteria yang berada di sekeliling kami. Ini menyebabkan suatu perubahan kepada flora dalam vagina dan kemudiannya akan membawa kepada jangkitan faraj.
Kandungan kimia dalam sabun dan gel mandian juga boleh menyebabkan iritasi pada lapisan kulit yang nipis dan menyebabkan inflamasi atau dermatitis. Fikirkan proses semasa mencuci muka anda. Anda tidak akan mencuci muka dengan sabun biasa, jadi mengapa faraj anda harus dicuci dengan sabun biasa? Pemakaian minyak dan produk vaseline juga tidak sesuai untuk digunakan di faraj. Kajian menunjukkan bahawa produk-produk ini lebih cenderung untuk menyebabkan jangkitan bakteria dan yis. Peningkatan risiko jangkitan mungkin disebabkan oleh bakteria semulajadi yang berfaedah dimusnahkan, membolehkan bakteria berbahaya berkembang.
Selain itu, minyak pelincir boleh merosakkan tisu sensitif lalu meningkatkan risiko jangkitan. Sesetengah pencuci feminin mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Sodium Lauryl Sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Paraben, Disodium EDTA, Acetate dan lain-lain. Semua bahan-bahan ini dikenali sebagai karsinogen, alergen, perengsa, toksin yang boleh menyebabkan kanser, alahan, iritasi dan membunuh sel-sel yang sihat.
Tambahan pula, deodoran feminin dan minyak wangi tidak berguna sama sekali kerana mereka hanya menutup masalah tersebut tanpa menyelesaikan punca yang sebenar. Kebanyakan iritasi atau reaksi alahan adalah disebabkan aroma atau bau yang terkandung dalam produk-produk ini.