Makluman
Kami ke MOH baru-baru ini bagi mendapatkan salinan fizkial dokumen akta label, tetapi diberimaklum bahawa boleh mendapatkannya secara online seperti pautan di bawah!
Maka, apa yang ingin saya utarakan?Penulisan saya ini adalah tentang ketidaksamaan dan kesilapan ejaan dalam terbitan MOH.
Berikut adalah pautan bagi dokumen dari Laman Web Rasmi MOH
http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=72
Food Regulation 1985, dikemaskini pada Jan 2018.
NRV bagi vitamin larut lemak yang tidak konsisten:
NRV adalah merujuk kepada Nilai Rujukan Nutrien. Walaupun versi BM bagi Food Regulation adalah betul iaitu dalam mcg / µg , namun terdapat ketidaksamaan dalam versi BI di mana NRV ditulis dalam mg.
Vitamins dan Minerals yang terjejas adalah:
- Vitamin A
- Vitamin D
- Asid Folik
- Vitamin B12
- Iodin
Kelihatan seperti kesalahan ejaan yang kecil daripada mikogram (mcg/µg) kepada milligram, namun ini bermakna 1000 kali ganda kenaikkan dalam kepekatan.
Sangatlah penting untuk kita lebih peka dan memahami apa yang terkandung di dalam sesuatu produk. Kerana adakalanya, fakta daripada sumber bertauliah seperti Kementerian Kesihatan juga boleh membuat kesilapan.
Anda boleh dapatkan Salinan Akta Pemakanan 1985 di sini.
Apakah Nilai Rujukan Nutrien (NRV)?
NRV ialah nilai rujukan bagi vitamins dan minerals bagi populasi umum yang dalam umur lingkungan 36 tahun ke atas. NRV digunapakai dalam label bagi tujuan membantu pelanggan membuat pembelian yang bijak mengikut kesesuaian pengambilan pemakanan kesihatan mereka.
Maka, siapa yang mengeluarkan garis panduan NRV?
Food and Agriculture Organization daripada United Nations & World Health Organization yang mewujudkan GUIDELINES ON NUTRITION LABELLING mengikut Codex Alimentarius International Food Standards. Kebanyakan negara mengunapakai piawaian ini sebagai rujukan.
Info tentang Codex boleh didapatkan disini
Apa yang telah kami lakukan?
Menyedari betapa pentingnya isu ini, kami telah membuat aduan rasmi kepada MOH. Moga pembetulan dapat dilakukan secepat yang mungkin.