Ia benar-benar terpulang kepada anda sama ada anda mahu membuang rambut kemaluan anda atau tidak. Ia adalah tidak perlu untuk membuang rambut kemaluan anda sekiranya tiada manfaat kesihatan yang sebenar. Terdapat banyak pilihan yang anda boleh cuba untuk menjadikan kulit anda licin, tapi anda perlu berhati-hati dan berlembut dengan kawasan intim anda.
Bercukur
Penggunaan pisau cukur dan / atau pencukur elektrik akan memotong rambut yang sangat dekat dengan kulit. Ramai yang percaya bercukur akan menyebabkan rambut tumbuh semula dengan kasar tetapi ia adalah hanya satu mitos. Hujung rambut yang tidak dicukur sebenarnya lembut, tindakan bercukur akan memotong hujung lembut ini dan membuat rambut untuk berasa kasar semasa ia tumbuh kembali.
Apabila rambut tumbuh kembali, kawasan kemaluan boleh berasa gatal kerana kulit di kawasan ini adalah sangat sensitif. Oleh itu, anda tidak harus menggunakan pisau cukur dan sabun di bilik mandi sebegitu sahaja. Sebaliknya, guna produk mencukur yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan dan razor burn. Dan sentiasa ingat; selalu mencukur ke arah rambut tumbuh.
Pelilinan (Waxing)
Satu lapisan nipis lilin yang dicairkan akan digunakan ke atas rambut yang anda ingin buang. Satu jenis bahan seperti kain akan diletakkan di atas lilin sebelum ia keras. Ia cepat ditarik keluar apabila ia mengeras. Waxing dapat mengeluarkan rambut daripada akarnya agar ia tidak akan tumbuh kembali dengan cepat. Jika anda membuat keputusan untuk membuang rambut dengan cara ini, kami cadangkan anda untuk pergi ke salun waxing yang akan mempunyai semua peralatan yang diperlukan untuk menjadikan pengalaman anda sebagai bebas kesakitan sebaik mungkin.
Laser
Laser adalah cara yang berkesan untuk pengurangan rambut dalam jangka panjang. Satu alur cahaya yang kuat digunakan untuk memusnahkan folikel rambut dan akhirnya rambut akan gugur. Laser pembuangan rambut mungkin mahal dan ia mengambil masa beberapa sesi. Walau bagaimanapun, keputusan berbeza pada orang yang berbeza. Carilah doktor kulit yang mempunyai pengalaman dengan laser untuk membuang rambut untuk mengelakkan diri daripada keputusan yang buruk dari rawatan laser.
Elektrolisis
Ini adalah satu kaedah untuk membuang rambut buat selama-lamanya. Jarum yang kecil akan diletakkan di dalam folikel rambut untuk memusnahkannya dengan arus elektrik. Ia mengambil masa sehingga 25 sesi untuk membuang semua akar rambut. Rawatan ini adalah yang paling mahal daripada semua pilihan pembuangan rambut. Rawatan juga bergantung kepada lokasi dan faktor lain.
Krim
Krim pembuangan rambut diklasifikasikan sebagai ubat menghilangkan rambut. Ia memecahkan ikatan kimia rambut anda dan ia akan menjadi lemah lalu membenarkan ia mudah dibuang selepas beberapa minit. Cara ini adalah tidak menyakitkan langsung dan juga kurang menakutkan daripada menggunakan pisau cukur. Ia memberikan kesan yang lebih lama sedikit daripada bercukur kerana krim boleh memecahkan rambut yang hanya berada di bawah permukaan. Sentiasa berhati-hati apabila menggunakan produk ini kerana ia melibatkan bahan kimia yang teruk, lalu menyebabkan kepedihan pada kulit apabila digunakan terlalu lama atau di kawasan yang sensitif.