Press ESC to close

MENOPAUS : 5 Tanda dan Gejala Utama

2 Comments

Menopaus ialah apabila haid seorang wanita berhenti buat selama-lamanya. Ia adalah menopaus apabila  haid tidak datang untuk 1 tahun secara berterusan. Menopaus biasanya berlaku kepada perempuan yang berumur dari 40 hingga 55 tahun. Purata umur menopaus akan berlaku ialah pada usia 51 tahun. Semasa menopaus, ovari berhenti menghasilkan estrogen dan progesteron. Sebelum putus haid, fasa peralihan dikenali sebagai perimenopause akn berlaku. Masa peralihan boleh mengambil masa dari 2 hingga 8 tahun. Tanda dan gejala menopaus yang paling biasa ialah :

1.Haid Yang Tidak Teratur

Perubahan aliran haid, haid datang lambat atau terlepas beberapa bulan berkemungkinan adalah tanda menopaus. Jumpa dan periksa dulu dengan doktor sebelum mengatakan ia adalah menopaus kerana haid yang datang lambat berlaku mungkin kerana sebab lain seperti mengandung.

 

2.Hot flashes dan kesukaran untuk tidur

Hot flashes boleh menyebabkan berpeluh pada waktu malam semasa tidur. Hot flashes ialah rasa panas yang tiba-tiba dan menyebabkan kemerahan pada muka dan leher sekali dengan tompokan merah pada tangan, belakang dan dada. Ini biasanya berlaku semasa tahun pertama selepas haid yang terakhir kerana perubahan hormon dalam badan.

 

3.Perubahan dalam Faraj

Penurunan tahap estrogen menyebabkan dinding faraj semakin nipis dan kering. Ini menyebabkan ketidakselesaan semasa menjalin hubungan kerana kekurangan pelinciran di mana sesetengah perempuan berasa sakit semasa persetubuhan dan mengalami inflamasi pada faraj.

 

4.Masalah Kencing

Menopaus menyebabkan wanita terpaksa membuang air kecil lebih kerap daripada biasa. Masalah kesihatan yang lain termasuk jangkitan pada pundi kencing. Kehilangan kawalan pada pundi kencing boleh menyebabkan air kencing bocor terutamanya semasa bersenam atau bersin.

 

5.Perubahan pada Mood

Kehilangan tidur atau kualiti tidur yang tidak bagus yang disebabkan oleh hot flashes boleh menyebabkan perubahan pada mood. Terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk perempuan mengalami perubahan mood sekiranya mereka selalu mengalaminya semasa period atau selepas kelahiran. Tekanan, keletihan dan hubungan dengan kawan dan keluarga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perubahan mood.

PhD

Menopause : 5 Main Signs and Symptoms

0 Comments

Menopause is when a women menstruation stops permanently. It is consider as menopause when period did not come for 1 year continuously. Menopause normally occurs to women age range of 40 to 55 years old. The average age of menopause is 51 years old. During menopause, the ovaries stop producing estrogen and progesterone. Before menopause, the transition is refer as perimenopause. The transition could take 2 to 8 years. Most common signs and symptoms of menopause are :

1. Irregular Periods

Changes in period flow, delayed period or missing a few periods could be a sign of menopause. Check with the doctor first before assuming menopause as sometimes delayed period could due to other reasons such as pregnancy.

 

2.Hot flashes and sleeping difficulties

Hot flashes can cause night sweats which make you perspire when you sleep. Hot flashes is sudden feeling of heat that may causes redness to the face and neck as well as red blotches on the arm, back and chest. It normally occur during first year after the final period due to changes of the hormone in the body.

 

3.Changes in Vaginal

Lower levels of estrogen cause vagina wall to be drier and thinner. This will cause discomfort during sex due to decrease in lubrication as some women may experience pain during sexual intercourse and suffer from inflammation of the vagina.

 

4.Urinary Problems

Menopause causes women has to urinate more often than usual. Other health problems such as bladder infections could happen too. Loss of bladder control causes urine leaking especially when exercise or sneezing.

5.Mood Changes

Poor sleep due to hot flashes could cause moodiness too. There is an increase probability for a women to suffer from mood changes if they tend to have mood swing before during their period or after birth. Stress, tiredness and relationships with friends and family are one of the factors that contribute to moodiness.

PhD

English
English
English
Malay
Chinese
Exit mobile version