Menopaus adalah salah satu fasa semula jadi dalam hidup untuk wanita. Apabila haid berhenti, wanita dari seluruh dunia akan mengalami kesan menopaus dalam kehidupan mereka. Jadi, apakah masalah kesihatan yang akan berlaku kepada wanita yang mengalami menopaus dan apakah penyelesaian kepadanya?
Osteoporosis
Tahap estrogen yang lebih rendah selepas putus haid meningkatkan risiko osteoporosis kerana kadar kehilangan jisim tulang meningkat.
Selepas menopaus, wanita cenderung untuk mempunyai kulit yang nipis dan kulit kedut. Ini adalah disebabkan oleh pengeluaran kolagen yang lebih rendah di mana kolagen adalah penting untuk mengekalkan keanjalan kulit. Pengeluaran estrogen yang lebih rendah juga menyebabkan penipisan dan melemahkan saluran kencing. Ini menyebabkan peningkatan risiko untuk UTI dan jangkitan vagina.
Risiko Kehilangan Gigi
Meningkatkan risiko kehilangan gigi anda kerana kesan estrogen yang lebih rendah pada tisu penghubung.
Risiko penyakit jantung meningkat kerana menopaus merendahkan tahap estrogen dalam badan. Wanita yang mengalami menopaus dan mempunyai gaya hidup yang tidak sihat seperti kencing manis, merokok dan tekanan darah tinggi mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
Menopaus boleh menyebabkan otot pelvik lemah yang mengawal kedua-dua pundi kencing dan usus. Ini menyebabkan keinginan untuk melawat tandas lebih kerap. Kekurangan keanjalan dengan pundi kencing akan menyebabkan kesukaran regangan, menjadikannya lebih sukar untuk menahan atau lambat pergi ke tandas.
Penyelesaian:
Terapi Penggantian Hormon
Terapi ini boleh mengurangkan gejala menopaus seperti hot flashes, kering atau inflamasi pada vagina. Terapi penggantian hormon harus digunakan dalam dos yang rendah untuk mengurangkan risiko strok, pembekuan darah, serangan jantung dan kanser payudara.
Terapi Hormon yang Seiras ( Bioidentical Hormone Therapy )
Ini merujuk kepada ubat-ubatan preskripsi yang diluluskan oleh FDA atau hormon yang dibuat dengan khusus untuk setiap individu dari tumbuh-tumbuhan.
Terapi Estrogen dan Lose-Dose Vaginal Estrogen
Terapi estrogen digunakan untuk mencegah tulang menjadi lemah dan lose-dose vaginal estrogen adalah digunakan untuk merawat gejala-gejala menopause.
Makan Secara Sihat
Diet dengan rendah lemak tepu dan lemak trans, tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan dan bijiran penuh perlu diambil oleh wanita yang mengalami menopaus.
Bersenam lebih kerap sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk mengekalkan gaya hidup yang aktif. Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko kesihatan dan gejala hot flashes. Kurangkan pengambilan gula dan kafein yang akan memburukkan lagi gejala menopaus. Elakkan dadah dan alkohol kerana ia akan melambatkan tindak balas badan. Makan diet yang sihat terutamanya makanan yang kaya dengan kalsium untuk mengurangkan risiko osteoporosis. Amalkan senaman Kegel untuk memperbaiki kawalan pundi kencing juga.