Menopaus berlaku semasa ovari berhenti menghasilkan hormon seperti estrogen dan progesteron. Siri kompleks perubahan hormon menyebabkan putus haid mengakibatkan penurunan bilangan telur yang berfungsi dalam ovari. Apabila period berhenti untuk satu tahun, ia adalah merujuk sebagai putus haid. Purata umur wanita yang mula mangalami menopaus adalah 51 tahun. Wanita yang mengalami menopaus pada umur yang awal mengalami menopaus awal. Jadi, apakah punca-punca menopaus dan menopaus awal ?
Anda kemungkinan besar mengalami menopause awal jika anda mempunyai keadaan sebegini :
- Gagal mengandung lebih daripada satu tahun
- Pernah dirawat dengan kemoterapi atau radiasi
- Sejarah kesihatan keluarga seperti penyakit autoimun ; hipotiroidisme
- Ahli keluarga wanita seperti ibu atau kakak yang mengalami menopause awal
Untuk penjelasan selanjutnya, terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan menopause awal :
Penyakit Autoimun
Wanita yang mengalami atau mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit autoimun seperti hipotiroidisme atau lupus mempunyai kebarangkalian yang tinggi akan mengalami menopaus awal. Penyakit autoimun menyebabkan keradangan yang boleh memberi kesan kepada ovari. Apabila ovari berhenti berfungsi, menopause bermula.
Pilihan Gaya Hidup
Wanita yang merokok akan mengalami menopaus awal kerana rokok mempunyai kesan anti-estrogen. Faktor lain melibatkan indeks jisim badan (BMI) sebagai satu kajian yang menunjukkan bahawa wanita dengan BMI yang lebih tinggi boleh mengelakkan menopaus awal. Ini adalah kerana estrogen disimpan dalam tisu lemak di mana wanita yang lebih kurus ada simpanan estrogen yang lebih kurang dan sebaliknya. Tahap tekanan yang tinggi boleh menyebabkan menopause awal juga.
Keabnormalan pada Genetik
Ahli keluarga terdekat seperti ibu atau kakak boleh memberikan petunjuk sama ada putus haid awal mungkin disebabkan genetik. Menopaus awal mungkin boleh diwariskan. Sebab lain juga ialah kecacatan pada kromosom. Contohnya, Sindrom Turner kehilangan salah satu kromosom X atau tidak normal.
Ini merujuk kepada kes-kes wanita yang mengalami menopaus awal tanpa mengetahui sebab- sebabnya.
Kecacatan pada Enzim
Kecacatan yang berkaitan dengan enzim Hemos cromatosis, Thalasemia, dan Galactosemia boleh menyebabkan menopaus awal.
Punca disebabkan Perubatan
Pengikatan tuba, histerektomi dan kemoterapi adalah salah satu daripada sebab-sebab kerana perubatan yang menyebabkan menopaus awal. Pengikatan tuba akan menjejaskan pengeluaran hormon ovari dan histerektomi melibatkan membuang rahim, tiub fallopio atau ovari.