14-most-common-health-concerns-for-seniors-RM-722x406

Pernah dengar pernyataan ini? ‘ semakin berusia semakin menawan” . Hal ini tidak mustahil jika kita menjaga kesihatan diri dari awal. Semasa wanita meningkat usianya, bukan sahaja menopaus akan berlaku, tetapi juga beberapa isu kesihatan mengenai kawasan intim. . Peningkatan usia juga mempengaruhi vagina dan menyebabkan ketidakselesaan yang tidak diingini di bahagian intim anda. Adakah anda sedang mengalaminya sekarang? Ini adalah masalah faraj yang paling biasa dihadapi oleh wanita berusia dan penyelesaiannya.

1.Prolaps

Otot-otot pelvik menjadi lemah disebabkan oleh pengurangan pengeluaran hormon estrogen. Ini menyebabkan otot dan ligamen pelvik gagal memberikan sokongan yang berkesan untuk rahim, pundi kencing dan organ-organ lain. Prolaps berlaku apabila rahim jatuh atau turun ke dalam rongga faraj.

Penyelesaian untuk Prolaps

  • Senaman Kegel untuk merawat prolaps ringan
  • Memasukkan pesari sokongan ke dalam faraj sebagai sokongan tambahan
  • Pembedahan seperti rektosele, histerektomi dan pembaikan sistosele

sacrocolpopexy-pelvic-prolimage-1024x393

2.Perubahan Faraj dan Iritasi

Rupa dan fungsi vagina mengalami perubahan dramatik disebabkan oleh estrogen yang lebih rendah. Ukuran faraj dan lubang faraj boleh mengecut. Iritasi juga akan berlaku kerana dinding faraj menjadi lebih nipis, kekurangan kelembapan dan keanjalan. Sesetengah wanita mengalami sensasi panas atau membakar, gatal-gatal dan ketidakselesaan disebabkan oleh iritasi dan kekeringan.

Penyelesaian :

  • Tukar daripada pakaian basah dengan cepat
  • Elakkan douches
  • Pakai seluar dalam kapas dan elakkan memakai seluar dalam yang dibuat daripada bahan sintetik
  • Gunakan sabun biasa dan tanpa kewangian untuk memastikan kawasan kemaluan bersih dan kering

ruigsantos.com

3.Jangkitan dan Inflamasi

Jangkitan saluran kencing menjadi lebih banyak kerana perubahan flora tisu faraj dan tisu yang lebih nipis sekitar uretra. Tanpa estrogen, wanita berusia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terdedah kepada HIV, jangkitan kelamin dan vaginosis bakteria. Wanita berusia juga mengalami inflamasi vulva dan jangkitan faraj atau vulva.

Penyelesaian :

  • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
  • Ubat-ubatan antikulat ( krim, supositori, lisan)
  • Remedi semulajadi seperti makan yogurt

thumb4.Kekeringan

Biasanya, badan akan memberikan pelinciran semula jadi untuk memastikan faraj lembut dan lembap. Pengeluaran estrogen yang lebih rendah akan menyebabkan kekeringan pada faraj. Ia boleh menjadi tidak selesa dan menyakitkan kerana mengurangkan pelinciran semasa aktiviti seksual.

Penyelesaian :

  • Gunakan pelincir seperti KY jelly yang merupakan kanji larut air semasa persetubuhan
  • Gunakan pelembap faraj

images (3)5.Kebengkakan pada Vulva

Wanita yang berusia mungkin mengalami bengkak di sekeliling vulva di mana inflamasi kelenjar Bartholin menyebabkan bengkak di posterior vulva. Lilitan prolaps meatus menyebabkan bengkak di sekeliling uretra juga.

Penyelesaian:

  • Dapatkan nasihat doktor
  • Ambil ubat yang ditetapkan seperti ubat anti-kulat
  • Gunakan teknik kompres hangat untuk melegakan kesakitan bengkak
  • Pakai pakaian kapas yang longgar untuk memastikan kawasan kering dan sihat
  • Elakkan daripada menggunakan sabun atau produk kecantikan di sekitar kawasan faraj

download (4)