Berat badan bertambah ?

Penyelidikan menunjukkan bahawa wanita menambah berat badan dengan lebih cepat jika dibanding dengan lelaki. Trend semasa sekarang menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan disebabkan pengambilan tinggi makanan manis dan masalah gaya hidup mereka yang kebanyakannya jarang bersenam (WHO, 2014). Prevalens berat badan berlebihan dan obesiti adalah dinilai secara universal dengan menggunakan indeks jisim badan (BMI), ditakrifkan sebagai berat badan dalam kilogram dibahagikan dengan kuasa dua ketinggian dalam meter ( kg/m2).

Pada masa kini, ramai pengguna menghabiskan banyak wang pada produk mengurangkan berat badan atau perkhidmatan untuk mencegah penyakit tidak berjangkit terutamanya diabetes. Wang yang dibelanjakan akan menjadi sia-sia jika dibelanjakan untuk ubat yang tidak bernilai. Terdapat cadangan dan khabar angin mengatakan bahawa makanan yang tinggi serat dapat membantu dalam penurunan berat badan. Adakah anda tahu fungsi serat yang hanya merupakan sel-sel tumbuhan boleh lakukan pada sistem penghadaman kita ? Mengapa anda tidak mencubanya sekarang ?

 

Bagaimana serat membantu untuk mengurangkan berat badan / diet ? 

Pertama sekali, pemakanan serat boleh membantu kita berasa lebih kenyang dengan penambahan jisim kepada makanan yang ditelan. Serat akan berada di dalam perut dengan lebih lama  berbanding metabolit utama lain seperti karbohidrat dan protein. Oleh itu, anda akan makan dengan kurang selepas pengambilan makanan yang tinggi dengan serat.

Selain menambahkan jisim kepada makanan dengan serat yang tidak larut, serat yang larut membantu untuk menyerap air dan terkandung dalam dirinya yang membuat anda cenderung untuk minum air dengan lebih banyak. Ini memudahkan pergerakan usus dan peristalsis dengan kelembapan dan aliran yang licin. Tambahan pula, serat yang larut memudahkan pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit yang merupakan pengerasan najis. Sembelit akan menyebabkan kesukaran mengeluarkan najis yang merupakan bahan buangan daripada badan.

Makan serat dengan banyak dapat membantu dalam menggerakkan lemak melalui sistem pencernaan pada kadar yang lebih cepat. Oleh itu. lemak yang diserap akan berkurangan dan membantu mengawal berat badan. Lebih penting lagi, apabila anda makan makananan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, anda akan berasa lebih bertenaga dan mempunyai tenaga yang tinggi untuk bersenam jika dibandingkan dengan pemakanan yang berdasarkan daging sahaja.

Pakar pemakanan mencadangkan 21 hingga 38 g serat dimasukkan dalam setiap hidangan bagi setiap hari untuk kesihatan yang optimum. Akhir sekali, serat boleh membantu untuk mengekalkan kapasiti pembakaran lemak badan. Oleh itu, ia boleh mengelakkan insulin daripada meningkat secara banyak yang membuat anda berasa lapar dan teringin untuk makan.

Kurangkan berat badan dengan mudah, hanya amalkan diet yang penuh serat. Diet yang tinggi seratnya akan membuat anda rasa kenyang dan berpatutan!