Perjalanan sebagai seorang ibu adalah sangat baru dan menarik untuk wanita yang pertama kali menjadi seorang ibu. Salah satu keputusan penting yang perlu dibuat untuk bayi ialah bagaimana untuk memberi mereka makan. Kebanyakan ibu menyusukan bayi mereka di mana diet seorang ibu adalah sangat penting dalam menentukan kualiti dan nutrisi dalam susu ibu.

Diet yang sihat dan seimbang untuk ibu dan bayi termasuk :

  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran

Wanita yang mengamalkan penyusuan seharusnya mengambil lebih banyak sayur- sayuran dan buah- buahan untuk beberapa hidangan setiap hari. Beri biru atau blueberries adalah kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Buah oren mengandungi vitamin C untuk meningkatkan sistem imun dan tenaga. Sayur-sayuran berdaun seperti brokoli dan bayam mengandungi vitamin A, kalsium, Vitamin C, zat besi dan antioksidan yang sangat baik bagi kedua-dua ibu dan bayi.

download (1)

 

  1. Protein seperti ikan salmon dan telur

Ikan yang berlemak seperti ikan salmon mengandungi kandungan DHA yang tinggi di mana DHA amat penting untuk pembangunan sistem saraf bayi. Wanita yang mengambil lebih banyak ikan salmon dalam diet mereka mampu menghasilkan tahap DHA yang lebih tinggi dalam susu. Telur mengandungi vitamin D untuk pembangunan tulang bayi dan memastikan tulang ibu sentiasa kuat.

download

 

  1. Makanan tenusu seperti yogurt atau susu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah

Produk tenusu mempunyai tahap kalsium yang tinggi untuk membantu perkembangan tulang bayi dan juga untuk mengekalkan tahap kalsium yang diperlukan oleh ibu untuk mencegah osteoporosis.

Wanita yang tidak boleh mengambil susu lembu harus mengikuti diet tanpa tenusu. Susu lembu mengandungi protein yang memberi kesan kepada kesihata bayi seperti eczema, kebengkakan pada muka, mata atau bibir, cirit-birit dan gejala-gejala lain. Bayi yang dikandungi juga berkemungkinan akan ada alahan kepada susu lembu.

10secretsaboutyourmetabolismthatcanhelpyouloseweight-eatfoodrichinproteins

 

  1. Daging tanpa lemak dan kekacang

Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak boleh meningkatkan tenaga kerana ia membekalkan zat besi yang mencukupi untuk badan. Kacang hitam dan kacang buah pinggang adalah suatu alternatif kepada sumber zat besi yag berkualiti tinggi dan sesuai untuk vegetarians.

download (2)

 

  1. Makanan berkanji dan bijirin

Roti mil penuh mengandungi asid folik dan zat besi yang penting untuk pembangunan pertumbuhan bayi dan para ibu. Bijiran penuh mempunyai vitamin dan nutrien untuk meningkatkan tenaga untuk ibu.

482477031_XS

 

  1. Air

Wanita yang menyusu akan berasa lebih dahaga daripada biasa. Oleh itu, ia adalah penting untuk minum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penghidratan yang mencukupi adalah penting untuk memastikan pengeluaran susu dan tenaga badan.

water_8glasses2