Press ESC to close

What is so good about Superfood Avocado?

0 Comments

The Superfood

Avocado is the national fruit to Mexico. Its scientific name is Persea Americana. It has claimed that it is highly nutritious. This fruit is always called as a ‘green alligator pear’ due to its appearance and shape with bumpy skin and green color which looks just like alligator. The guacamole dip and condiment made from avocado in Mexico is very famous for its tasty and delicious properties besides its rich texture. These make it an ingredient for salad in cuisine and restaurant in Mexico and the United States.

Don’t be afraid of an avocado because you think it’s fattening

 Benefits of Avocado

What is so good in the avocado that everyone has liked it so much of its taste and is in high demands. This friut has been known as a superfood after research showed that it has high value on health benefits. This fruit contains high amount of potassium and higher than that of banana. The potassium is needed by the neuron and nerve system to function properly.

The fat present in the fruit is about 70% and it is known as oleic acid. This fat is monosaturated fat that is a major component of olive oil. Oleic acid has been widely studied and it has anti-inflammatory property and carries beneficial effects on delaying the effect of genetic cancer.

Furthermore, the avocado is high in fiber amount. There are 25% of fiber which  is soluble fiber which helps to soften our stools and aids in peristalsis whereas the 75% of the fiber present  helps to add bulks to stool to make it easier during defecation.

Consuming avocado can lower the cholesterol and triglycerides level.  Accumulation of cholesterol and fat is the main culprit which contributes to many of the diseases especially cardiovascular heart disease and blood pressure. There were studies showed that after a constant daily consumption of this fruit, the LDL cholesterol decreased by 22% and HDL cholesterol level increased up to 11%.

Avocado contains antioxidant properties which is able to confer advantages to health. Its main interesting property is able to protect the eyes due to the presence of Lutein and Zeaxanthin in avocado. It helps to compliment the absorption of other fruit nutrient because of its high fat content. Some of the nutrient needs fat to be used together to function properly. This is one of the reasons why avocado is added to the salad for consumption.

In addition, there are studies related to the isolated cells with nutrient from the fruit is able to prevent prostate cancer growth and lowering side effects of chemotherapy in some cells. It also can reduce and relief the pain of osteoarthritis. Studies have shown that the extract from the it have significantly reduce the osteoarthritis symptoms.

Last but not least, the avocado is not only able to give benefits to the heart, digestive and bowel system, reduce osteoarthritis symptoms, possess anti-inflammatory and antioxidants properties, its taste is incredible and they are weight loss friendly too!

Apa yang baik tentang Superfood Avocado?

0 Comments

Superfood

Avokado adalah buah kebangsaan Mexico. Nama saintifiknya ialah Persea Americana. Ia dikatakan sangat berkhasiat. Buah ini selalu dipanggil sebagai ‘ pir aligator hijau ‘ kerana penampilan dan bentuknya dengan kulit beralun dan warna hijau yang kelihatan seperti buaya. Guacamole sos celup dan perasa yang dibuat daripada avokado di Mexico adalah sangat terkenal dengan sifat-sifat yang enak dan lazat selain mempunyai tekstur yang kaya. Ini menjadikan ia satu bahan untuk salad dalam masakan dan restoran di Mexico dan Amerika Syarikat.

Jangan takut dengan avokado hanya kerana anda rasa ia menggemukkan.

Kebaikan Avokado

Apa yang baik dengan Avokado sehingga semua orang menyukai rasanya dan selalu dalam permintaan yang tinggi ? Buah ini dikenali sebagai Superfood selepas kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai nilai yang tinggi kepada kesihatan. Buah ini mengandungi jumlah kalium yang tinggi, malah lebih tinggi daripada pisang. Kalium diperlukan oleh sistem neuron dan saraf untuk berfungsi dengan baik.

Lemak di dalam buah-buahan adalah kira-kira 70 % dan ia dikenali sebagai asid oleik. Lemak ini ialah lemak monosaturated  yang merupakan komponen utama minyak zaitun. Asid oleik telah dikaji secara meluas dan ia mempunyai sifat anti-radang dan membawa kesan yang baik untuk melambatkan kesan kanser genetik.

Tambahan pula, avokado mempunyai kandungan serat yang tinggi. Terdapat 25% serat merupakan serat larut yang membantu untuk melembutkan najis dan membantu kami dalam peristalsis manakala 75% serat yang selebihnya membantu untuk menambah jisim kepada najis untuk memudahkan pembuangan air besar.

Pemakanan avokado boleh menurunkan tahap kolestrol dan trigliserida. Pengumpulan kolestrol dan lemak adalah punca utama yang menyumbang kepada banyak penyakit terutamanya penyakit jantung dan tekanan darah. Terdapat kajian menunjukkan bahawa selepas pemakanan avokado setiap hari secara berterusan, kolestrol LDL menurun sebanyak 22% dan tahap kolestrol HDL meningkat kepada 11%.

Avokado mengandungi antioksidan yang mampu memberi kelebihan kepada kesihatan. Kelebihan avokado yang menarik ialah ia boleh melindungi mata kerana kehadiran Lutein dan Zeaxanthin dalam avokado. Ia meningkatkan penyerapan nutrien buah yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi. Sebahagian daripada nutrien memerlukan lemak untuk digunakan bersama-sama untuk berfungsi dengan betul. Ini adalah salah satu sebab mengapa avokado ditambah kepada salad untuk dimakan.

Di samping itu, terdapat kajian yang berkaitan dengan penghalangan pertumbuhan kanser prostat dan merendahkan kesan sampingan kemoterapi dalam sel-sel tertentu dengan menggunakan sel yang diasingkan dan nutrien avokado. Ia juga boleh mengurangkan dan melegakan kesakitan osteoartritis. Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak daripadanya boleh mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis dengan ketara.

Akhir sekali, avokado ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada sistem jantung, penghadaman dan usus, ia juga dapat mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis dan mempunyai ciri-ciri anti radang dan antioksidan. Ia mempunyai rasa yang bagus serta boleh menurunkan berat badan juga !

English
English
English
Malay
Chinese
Exit mobile version