sraw

Selepas bersalin secara semulajadi, Miss V tidak akan kembali sama seperti sebelumnya. Semasa mengandung, penghasilan hormon seperti estrogen dan relaxin menyediakan badan untuk bersalin apabila tiba masanya.

Capturem

Selepas bersalin, anda akan berasa sakit dan tidak selesa di sekeliling Miss V kerana bahagian tersebut diregangkan dan cedera semasa bersalin. Walaupun Miss V tidak akan sama seperti sebelum bersalin, ia boleh ketat dan tegang semula dengan mengamalkan senaman kegel dan mengambil makanan kesihatan seperti manjakani dan kacip fatimah.

Selepas kelahiran, perubahan Miss V yang berlaku telah disenaraikan seperti berikutnya :

Captureq

Kebanyakan perubahan di Miss V adalah normal dalam kalangan wanita mengandung dan bersalin di mana selepas 6 hingga 8 minggu, badan mereka akan kembali seperti biasa. Tambahan pula, untuk kembalikan Miss V seperti bentuk dan keadaan sebelumnya, senaman seperti senaman Kegel boleh melatih otot-otot di kawasan itu. Latihan ini sekiranya dibuat sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran, ia membolehkan proses kelahiran dan pemulihan yang mudah. Senaman lantai pelvis ini boleh menguatkan otot-otot sekitar Miss V untuk mengetatkan bahagian Miss V.

Cara-cara untuk melakukan senaman Kegel :


3-Pelvic-Floor-Exercises

 

Capturev

Adakah Miss V akan kembali sepenuhnya seperti keadaannya sebelum megandung atau kelahiran ? Ya, ia akan kembali tetapi bukan seperti keadaan sebelum kelahiran sepenuhnya. Pastikan anda melakukan senaman tambahan Kegel untuk memgembalikan Miss V anda !