Apa yang anda rasa melihat anak anda membesar daripada seorang bayi perempuan yang comel dan tidak bersalah kepada remaja dan tidak lama lagi akan menjadi seorang wanita dewasa? Adakah anda akan menjadi terlebih melindungi atau langsung tidak mengambil berat tentangnya ? Terdapat beberapa perkara seorang ibu harus bimbang dan ambil berat semasa anak perempuan semakin membesar.

1.Kebahayaan Media Sosial

Facebook, Twitter, Instagram dan media sosial yang lain boleh menjadi cara pemangsa untuk mencari sasaran dengan mudah. Anak perempuan yang terjebak dalam dunia maya sering kali menulis benda-benda peribadi seperti lokasi mereka, gambang-gambar ‘selfie’, sekolah dan kawan-kawan mereka yang memudahkan orang untuk menipu, manipulasi dan mencari sasaran mereka. Terdapat banyak kes ‘blind date’ atau rogol berlaku sekarang kerana begitu mudahnya orang jahat boleh berpura-pura sebagai kawan anak-anak tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

2. Akil Baligh

Apabila anak perempuan mengalami akil baligh, dia akan mengalami tekanan yang tinggi bukan hanya kerana perubahan pada badannya, tetapi juga perubahan pada keyakinan dan hubungannya dengan kawan dan keluarga. Semasa dia mula ada haidnya yang pertama, pastikan anda berada di sisinya dan memberitahunya dengan jelas secara peribadi untuk membuatnya berasa selesa dan memahami badannya sendiri. Pujian dapat meningkatkan keyakinan dirinya agar dia mengetahui bahawa membesar adalah tentang menjadi diri sebenar anda.

3.Imej Badan

Dunia sekarang semakin teruk dari sebelumnya apabila gambar palsu seorang perempuan yang badannya umpama wanita anoreksia dianggap sebagai cantik manakala wanita yang sihat dianggap sebagai hodoh. Dalam tempoh pembesaran anak perempuan, dia semestinya akan berasa tidak selesa dengan badannya terutamanya akibat tekanan daripada kawan atau pendedahan daripada media. Ia adalah sangat penting untuk mengajar anak perempuan anda tentang imej badan yang betul dan menyayangi diri sendiri, bukannya mengejar tekanan daripada imej badan wanita yang ditunjukkan oleh dunia dan media.

4.Kawan

Kawan memainkan peranan utama dalam kehidupan anak perempuan anda terutamanya apabila dia mempercayai kawannya lebih daripada ibunya sendiri. Ini sering kali berlaku sekiranya mereka tidak mempunyai hubungan ibu-anak yang erat. Kawan yang tidak baik boleh membuat anak perempuan anda membuat perkara buruk seperti jenayah di luar tanpa pengetahuan anda. Lebih teruk lagi ialah menjalani hubungan semasa muda akibat tekanan daripada kawan. Cuba mengetahui dan mengenali kawannya dengan menganjurkan jamuan atau malam perempuan untuk anak perempuan anda untuk memudahkan anda lebih mengenali kawannya.