# Easy way to season your teapot

> Source: https://furleybio.com/blog/easy-way-to-season-your-teapot-2/
> Published: 2016-01-25 | Updated: 2025-09-26
> Author: Furley Bio
> Language: en-US

**Informasi Tentang Teko Teh Tanah Liat Cina**

Teko teh telah digunakan untuk membuat teh sejak Dinasti Sung di China. Teko teh tanah liat Cina digunakan secara tradisional untuk minuman teh kerana ia mampu menyerap warna dan rasa teh. Sebagai contoh, teko teh tanah liat Yixing. It is made of tanah liat zisha khas yang mengandungi pelbagai mineral dan hanya terdapat di Yixing, China. Teko tanah liat Yixing yang baru perlu dimasukkan dengan rasa dan aroma daripada teh (*season*). Apabila teko teh itu ialah baru, mereka biasanya akan kelihatan suram berbanding dengan teko teh yang sudah lama dipakai.

**Cara-cara untuk *Season*Teko Teh**

Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan apabila anda mendapat satu teko teh Yixing yang baru ialah merebusnya dengan air bersih kira-kira 5 hingga 10 minit untuk mencuci semua sedimen di dalamnya. Perhatikan bahawa perkakas yang digunakan mestilah bersih kerana teko teh tanah liat Yixing cenderung untuk menyerap apa-apa rasa yang hadir. Setelah direbus, biarkan ia betul-betul kering sebelum anda *season* teko teh tanah liat Yixing. Ia biasanya mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 minit. Kemudian, sediakan daun teh yang anda mahu untuk *season* teko anda. Sebagai contoh, jika anda mahu menggunakan Pu’er, masukkan daun teh Pu’er ke dalam teko tanah liat Yixing dan masukkan air panas. Sediakan mangkuk besar atau periuk di mana anda boleh merendam seluruh teko tanah liat di dalamnya. Curahkan teh dalam teko teh ke dalam mangkuk dan masukkan air panas lagi.

Ulangi langkah ini sehingga anda merasakan bahawa teko teh Yixing anda boleh direndam sepenuhnya ke dalam teh. Selepas merendamkannya dalam teh, tunggu sehingga air sejuk kembali ke suhu bilik, kemudiannya, teko teh Yixing dikira telah melalui proses *season*dan sudah boleh diguna. Selepas berulang kali menggunakan teko teh Yixing, ia akan mula menyerap lebih banyak rasa teh ke dalam dinding teko (*season*)* *dan mempunyai lapisan yang mengekalkan rasa kaya teh. Disebabkan sifat teko teh Yixing yang menyerap, biasanya hanya satu jenis teh dibancuh dalam teko untuk memastikan setiap teh cawan menyimpan rasa yang tersendiri.

Untuk memudahkan anda, anda boleh mendapatkan dos antioksidan yang berkualiti tinggi daripada kapsul manggis Ostania yang telah diseragamkan untuk memastikan antioksidan manggis adalah berada pada tahap dan kualiti yang tinggi. Ia juga diluluskan oleh *Ministry* *of* *Health Malaysia for General Health Maintenance*& Meningkatkan Imun !
